Tips Atasi Sakit Pinggang Semasa Hamil

Sakit pinggang atau rasa tidak selesa adalah perkara biasa semasa hamil dan telah dijangka akan terjadi oleh kebanyakan wanita. Sakit belakang boleh berlaku pada bila-bila kehamilan. Walau bagaimanapun, ia paling kerap berlaku apabila bayi semakin membesar. Ini kerana tubuh anda terpaksa menampung lebihan berat dari bayi dan air ketuban anda.

Sakit belakang boleh mengganggu rutin harian anda atau mengganggu tidur malam yang baik. Berita baiknya ialah terdapat tips-tips yang boleh anda cuba untuk mengurangkan kesakitan yang anda alami.

Jom tonton video ini untuk mengetahui tips-tips mengurangkan kesakitan dan melegakan sakit pinggang. Saya telah cuba sendiri tips-tips ini dan kebanyakannya sangat membantu dalam melegakan masalah sakit pinggang semasa hamil.

 

Adakah Sakit Pinggang Semasa Hamil Ini Satu Kebiasaan?

Jika anda mengalami sakit pinggang semasa hamil, you are not alone. laporan kesihatan menunjukkan 50-70 peratus wanita hamil mengalami masalah sakit pinggang, sakit belakang dan pelvic pain. Anda mempunyai risiko lebih tinggi jika anda mempunyai berat berlebuhan sebelum anda hamil. Seterusnya saya akan kongsikan punca-punca sakit pinggang di kalangan wanita hamil.

Punca Sakit Pinggang Semasa Hamil

Sakit pinggang semasa mengandung adalah berkaitan dengan beberapa faktor. Sesetengah wanita mula mempunyai sakit belakang dengan bermulanya kehamilan. Wanita yang paling berisiko untuk sakit belakang adalah mereka yang berlebihan berat badan atau mempunyai sakit belakang sebelum anda hamil.

Berikut adalah punca sakit pinggang atau ketidakselesaan semasa hamil:
  • Hormon – penghasilan hormon-hormon semasa mengandung menyebabkan ligamen di kawasan pelvis melembut dan sendi menjadi longgar sebagai persediaan untuk proses bersalin. Perubahan di sendi-sendi dan ligamen ini boleh menjejaskan sokongan pada belakang dan pinggang anda.
  • Pusat graviti – pusat graviti anda akan ke hadapan secara beransur-ansur kerana rahim dan bayi anda semakin membesar. Ini menyebabkan perubahan postur tubuh anda.
  • Pertambahan berat – kehamilan dan bayi yang semakin membesar akan mewujudkan tambahan berat badan yang perlu disokong oleh pinggang, tulang belakang dan tulang pelvis anda.
  • Postur atau posisi – Postur yang tidak baik, banyak berdiri dan membongkok boleh menjadi punca pinggang anda bertambah sakit.
  • Tekanan (stress) – tekanan biasanya berkumpul di kawasan-kawasan yang lemah dalam badan. Disebabkan oleh perubahan di kawasan pelvis anda, anda mungkin mengalami peningkatan dalam sakit belakang semasa tempoh kehamilan jika anda stress atau tertekan.

Cara Mengurangkan Sakit Pinggang Semasa Hamil

Sakit pinggang mungkin tidak dapat dirawat sepenuhnya, tetapi terdapat perkara-perkara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan kesakitan atau kekerapan diserang sakit pinggang.

Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk membantu mengurangkan sakit belakang anda mengalami:
  • Lakukan senaman yang selamat untuk ibu hamil untuk menyokong dan menguatkan bahagian pinggang dan belakang.
  • Mencangkung untuk mengambil sesuatu di lantai, jangan bengkokkan badan anda.
  • Elakkan pemakaian kasut tumit tinggi dan lain-lain kasut yang tidak memberikan sokongan yang cukup.
  • Elakkan tidur telentang, cuba posisi mengiring.
  • Pakai tali pinggang sokongan di bawah abdomen anda.
  • Mempertimbangkan untuk berjumpa kiropraktor bertauliah.
  • Lebihkan rehat, tinggikan kaki anda semasa berehat atau berbaring.
  • Menggunakan pad ais atau haba untuk mengurangkan kesakitan
  • Penggunaan pendakap atau alat-alat sokongan
  • Pengambilan ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat radang (atas nasihat doctor)
  • Tidur mengiring kiri, dan menggunakan sokongan bantal di bawah lutut anda.
  • Menjadualkan temu janji dengan profesional urut terapi.
  • Pengambilan supplement bersesuaian untuk tulang dan saraf

Patutkah Anda Berjumpa Doktor Kerana Sakit Pinggang?

Mengalami sakit pinggang biasanya adalah bukan alasan untuk menghubungi doktor anda. Tetapi terdapat situasi di mana anda patut berjumpa doctor untuk pemeriksaan lanjut.

Anda patut berjumpa doctor sekiranya anda mengalami tanda-tanda berikut:
  • Sakit pinggang atau belakang yang teruk
  • Sakit pinggang yang semakin teruk dari semasa ke semasa
  • Kejang dan sakit yang bersela masa semakin kerap – ini mungkin tanda-tanda kelahiran bayi pramatang.

Sakit belakang yang teruk (severe back pain) mungkin berkait rapat dengan osteoporosis, vertebral osteoartritis atau septic artritis. Ini adalah tidak biasa berlaku pada wanita hamil, tetapi adalah terbaik untuk anda berjumpa dengan doctor andauntuk pemeriksaan lanjut jika anda mengalami sakit belakang yang teruk.

Mari sama-sama tonton video di bawah ini bagaimana posisi, postur dan tips yang boleh diamalkan untuk mengurangkan sakit pinggang, belakang dan pelvic pain. Beliau adalah seorang Senior Fhysiotherapist di sebuah hospital dan sedang hamil 35 minggu.

Sebagai ibu kepada tiga orang anak, saya sendiri pernah mengalami masalah sakit pinggang, sakit belakang dan pelvic pain. Masalah ini adalah sangat biasa di kalangan ibu hamil dan ia mungkin tidak dapat diatasi sepenuhnya. Tetapi anda boleh kurangkan dan legakan kesakitan dengan mengamalkan tips-tips yang saya kongsikan. Saya sedia berkongsi pengalaman saya kepada ibu-ibu di luar sana pada bila-bila masa.

 

Jangan ragu-ragu untuk menghubungi saya.
Saya benar-benar ingin membantu anda

Zara Ismail (ID : 882869)
Whatsapp/Call/SMS : 012-3462585
Email : fatimahazzahra05@yahoo.com
FB : Fatimah Azzahra Ismail
FB Fanpage : Kedai Vitamin Ku
Kawasan COD : Bangi – Kajang – Salak Tinggi – Sepang – Nilai

 

 

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge