Cara Merawat Vitiligo Atau Sopak Secara Selamat Dan Berkesan

Sopak atau dalam bahasa perubatannya dikenali sebagai Vitiligo adalah sejenis penyakit autoimun yang mana sistem imun pesakit itu sendiri menyerang sel-sel tubuh. Dalam kes sopak, sel tubuh yang diserang oleh sel imun adalah sel melanosit. Melanosit adalah sel-sel yang menghasilklan pigmen pada kulit manusia. Sel inilah yang memberi warna pada kulit seseorang. Vitiligo adalah masalah kulit jangka panjang yang menghasilkan tompok putih yang terbentuk dan merebak pada bahagian tertentu kulit termasuklah muka, badan, kaki dan tangan.

Penyakit sopak tidak menyebabkan rasa sakit atau gatal. Tanda utama penyakit ini ialah timbulnya tompok-tompok putih di atas kulit. Ia juga boleh melibatkan kawasan yang mempunyai rambut atau bulu seperti kening, misai, bulu roma dan sebagainya. Sopak juga boleh menukarkan rambut seseorang pesakit itu menjadi putih.

Kawasan kulit yang dijangkiti sopak adalah berbeza dari individu ke individu. Vitiligo juga boleh memberi kesan kepada mata, di dalam mulut dan rambut. Dalam kebanyakan kes, kawasan yang terdapat tompok putih akan kekal dengan tompokan tersebut sepanjang hayat pesakit itu.

Punca-punca Penyakit Sopak

Punca sebenar sopak atau vitiligo masih belum dapat dikenal pasti. Tetapi dalam kebanyakan kajian, sopak dipercayai disebabkan oleh:

  • Gangguan autoimun – sistem imun pesakit menjadi terlalu aktif dan memusnahkan sel-sel melanosit
  • Ketidakseimbangan tekanan genetic oxidative
  • Stress/tekanan
  • Kesan terdedah kepada cahaya matahari untuk jangka masa yang lama
  • Pendedahan kepada bahan kimia
  • Punca neural
  • Keturunan (genetik)
  • Berpunca daripada virus

Anda tidak perlu risau kerana sopak tidak berjangkit dari seorang pesakit kepada individu yang lain. Sopak tidak dipengaruhi oleh umur, jantina dan kaum. Tetapi kajian menunjukkan bahawa kebanyakan kes bermula ketika umur pesakit dalam linkungan 20 tahun dan ke atas.

Tanda-tanda Penyakit Sopak

Satu-satunya tanda penyakit sopak adalah tompok putih muncul sedikit demi sedikit pada permukaan kulit. Secara umumnya, tempat putih pertama yang menjadi ketara adalah di kawasan badan yang terdedah kepada cahaya matahari seperti muka, kaki dan tangan.

Pada mulanya, sopak terbentuk seperti kawasan kulit yang pucat sedikit daripada daripada kawasan kulit yang lain. Tetapi secara beransur-ansur, tempat ini akan menjadi lebih ketara sehingga ia menjadi putih. Bentuk tompokan ini adalah tidak sekata, kadang-kadang muncul pula garis berwarna merah di bahagian tepi tompokan dan menyebabkan rasa gatal.

Vitiligo sensitif kepada cahaya matahari. Pesakit perlu mengelakkan kulit daripada terdedah secara langsung kepada cahaya matahari untuk satu jangkamasa yang lama.

5 Tips Merawat Sopak Secara Semulajadi

  1. Menggunakan Betik

Ambil sepotong betik dan sapukan pada tompokan putih. Biarkan kering dan sapukan semula beberapa kali. Biarkan jus pada buah betik menyerap pada kulit. Sebagai tambahan, amalan minum jus betik setiap hari turut membantu. Betik membantu memulihkan sel-sel melanosit yang menghasilkan pigmen kulit kita.

  1. Menggunakan Red Clay

Red clay atau tanah liat yang berwarna merah mengandungi kuprum yang sangat berkesan memberi warna asal kulit. Campurkan 2 sudu besar red clay dan 1 sudu besar jus halia. Sapukan campuran jus tersebut pada tompokan putih anda setiap hari. Jus halia merangsang dan meningkatkan peredaran darah ke bahagian bertompok putih. Penggunaan berterusan mampu memulihkan struktur warna kawasan terjejas.

  1. Menggunakan Duckweed

Duckweed adalah sejenis tumbuhan air yang biasa ditemui dalam air tasik atau kolam. Duckweed kaya dengan bahan seperti flavonoids, polysaccharides, lignan, tannin, vitamin B, B2, Vitamin C dan asid lemak tidak tepu. Tumbuhan ini sangat terkenal dalam Perubatan Tradisional Cina. Caranya, kisar duckweed dan campurkan dengan 1 sudu besar madu. Sapukan pada bahagian terjejas.

  1. Menggunakan Kunyit

Buat campuran paste daripada serbuk kunyit dan minyak mustard. Sapukan paste tersebut pada bahagian yang terjejas dan biarkan kering. Kunyit adalah bahan semulajadi yang bersifat anti radang. Mustard oil pula membantu mengembangkan kapilari darah dan meningkatkan peredaran darah kepada bahagian kulit yang terjejas. Kombinasi keduanya mampu memulihkan sel-sel melanosit di kawasan yang terjejas.

  1. Menggunakan Goosefoot

Goosefoot adalah sejenis tumbuhan herba yang dikategorikan sebagai tumbuhan ubatan. Ianya kaya dengan asid folik, mineral, vitamin serta kaya dengan protein. Ambil sayuran ini sebagai makanan harian dan ekstrak jusnya untuk disapukan di bahagian terjejas sebanyak 3 kali sehari.

Supplement Terbaik Yang Mampu Mengurangkan Gejala Dan Merawat Sopak

Vivix

Vivix Shaklee ialah sejenis minuman campuran dari sumber tumbuhan. Kandungan utama Vivix adalah campuran unik dari tumbuhan Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Vivix kaya dengan antioksidan dan resveratrol. Resveratrol adalah bahan yang membantu mengaktifkan SIRT1 yang berkait rapat dengan pigmentasi kulit. Vivix ini adalah revolusi rawatan di peringkat sel. Ia merawat dengan memulihkan sel-sel melanosit yang menghasilkan pigmen melanosom yang memberi warna asal kulit kita.

Nutriferon

Dalam kes vertigo, sistem imun tubuh telah bertindak luar kawal dengan menyerang sel-sel melanosit tubuh pesakit itu sendiri. Kulit kita sendiri sebenarnya adalah mekanisma utama dalam pertahanan tubuh. Nutriferon bertindak dengan meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan sekaligus bertindak memantapkan kembali sistem imun tubuh kita. Nutriferon adalah satu formula ekslusif yang telan dipatenkan oleh Shaklee dan hanya boleh didapati melalui Pengedar Shaklee yang sah.

B Complex

B Complex membantu dalam pembentukan sel-sel tubuh termasuk sel darah. Bekalan sel darah yang mencukupi membantu penyembuhan kawasan kulit yang terjejas. B Complex itu sendiri membantu dalam mencegah pigmentasi kulit. Ini dapat mencegah pigmentasi pada kulit pesakit sopak daripada terus merebak.

Vitamin C

Kandungan antioksidant yang tinggi dalam Vitamin C membantu dalam penghasilan kolagen iaitu komponen protein utama dalam kulit. Pesakit vitiligo adalah sensitif kepada cahaya (UV). Vitamin C berupaya menghalang dan merawat kerosakan yang disebabkan oleh UV.

Energizing Soy Protein

Ramuan utama ESP Shaklee adalah kacang soya. Kacang soya atau nama saintifiknya Glycine Max dianggap salah-satu daripada 7 “super-foods” yang wujud di dunia. Hasil kajian para saintis telah membuktikan lecithin dalam soya dapat melancarkan peredaran darah, detoks bahan buangan sel dan lain-lain. ESP membekalkan protein secukupnya yang penting untuk pembentukan sel-sel baru. Selain itu soya itu sendiri bersifat mencegah pigmentasi, masalah utama yang dihadapi pesakit sopak.

Carotomax

Carotomax Shaklee membekalkan 13mg carotenoids yang sangat berfaedah kepada kesihatan yang terdiri daripada lutein, lycopene dan beta carotene. Dalam sayur-sayuran, carotenoid adalah pigmen yang memberikan warna pada sayur-sayuran dan buah-buahan. Pada pesakit sopak, carotenoid membantu merawat masalah tompokan pigmentasi dan menghalangnya dari terus merebak. Carotenoid adalah sumber vitamin A yang terbaik. Selain bagus untuk kesihatan kulit, antioksidant yang tinggi dalam carotomax juga berfungsi dalam sistem pertahanan tubuh. Kita sedia maklum pesakit sopak mengalami masalah di mana sistem pertahanan tubuh bertindak menyerang sel melanosit kulit pesakit. Oleh kerana itu carotomax sangat sesuai diambil oleh pesakit sopak.

Pesakit Yang Berjaya Sembuh Dengan Supplement Shaklee

Kulit pesakit ini yang mengalami pigmentasi di sekitar mata dan mulut, beransur sembuh setelah mengambil produk Shaklee secara konsisten. InshaAllah kita boleh berikhtiar dalam merawat penyakit sopak ini. Walaupun sopak tidak berjangkit dan tidak memberi kesakitan kepada pesakit, secara tidak langsung ia memberi kesan kepada penampilan seseorang individu. Pesakit mungkin berasa rendah diri dan kurang keyakinan untuk berdepan dengan masyarakat. Sudah menjadi satu keperluan untuk kita berikhtiar dan berusaha untuk sembuh serta berdoa.

 

DAPATKAN SUPPLEMENT ANDA  SEKARANG !!

Jangan ragu-ragu untuk menghubungi saya.

Saya benar-benar ingin membantu anda 🙂

Zara Ismail (ID : 882869)

Whatsapp/Call/SMS : 012-3462585

Email : fatimahazzahra05@yahoo.com

FB : Fatimah Azzahra Ismail 

FB Fanpage : Kedai Vitamin Ku

Kawasan COD : Bangi – Kajang – Salak Tinggi – Sepang – Nilai

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge