Cara Mencegah Jangkitan Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD)

Penyakit tangan, kaki dan mulut adalah sejenis jangkitan virus yang ringan dan berjangkit. Ianya biasa berlaku di kalangan kanak-kanak. Jangkitan ini boleh dikenalpasti memalui kehadiran luka (ulser) di mulut serta ruam di tangan dan kaki. Penyakit tangan, kaki dan mulut biasanya disebabkan oleh coxsackievirus.

Ruam di tangan yang disebabkan oleh penyakit tangan, kaki dan mulut

Tiada rawatan khusus untuk penyakit kaki tangan dan mulut. Tetapi penyakit ini boleh dikawal daripada menular dengan penjagaan kebersihan yang betul. Mencuci tangan yang kerap dan menghindari hubungan rapat dengan orang yang dijangkiti penyakit tangan,kaki dan mulut boleh membantu mengurangkan risiko jangkitan kepada anak anda.

Simptom-simptom HFMD

Rash di kaki yang disebabkan oleh penyakit tangan, kaki dan mulut

Penyakit tangan, kaki dan mulut boleh menyebabkan semua tanda-tanda dan simptom berikut atau hanya sebahagiannya. Simptom tersebut termasuk:

  • Demam
  • Sakit tekak
  • Rasa tidak sihat (malaise)
  • Luka yang menyakitkan, merah, seperti lepuh pada lidah, gusi dan bahagian dalam pipi
  • Ruam merah, tanpa gatal tetapi kadang-kadang dengan lepuh, di telapak tangan, sol dan kadang-kadang pantat
  • Kerosakan pada bayi dan kanak-kanak
  • Hilang selera makan

Tempoh biasa dari jangkitan awal ke permulaan tanda dan gejala (tempoh pengeraman) ialah tiga hingga enam hari. Demam selalunya merupakan tanda pertama penyakit tangan, kaki dan mulut, diikuti dengan sakit tekak dan kadang-kadang kurang selera makan dan rasa kurang sihat.

Satu atau dua hari selepas demam bermula, luka yang menyakitkan mungkin timbul di hadapan mulut atau tekak. Bayi atau kanak-kanak biasanya mengeluarkan air liur kerana rasa tidak selesa pada ruam/ ulser di dalam mulut mereka. Kemudian, ruam di tangan dan kaki dan mungkin juga di punggung mungkin terjadi.

 

Luka atau ulser boleh berlaku di dalam dan luar mulut.

Luka dan ulser yang terbentuk di bahagian belakang mulut dan tekak mungkin juga didiagnos sebagai jangkitan virus yang dipanggil herpangina. Ciri-ciri lain yang membezakan herpangina dan HFMD termasuklah demam panas yang mendadak dan dalam sesetengah kes, sawan tarik atau fits boleh berlaku. Ulser yang terbentuk di tangan, kaki atau bahagian lain badan sangat jarang berlaku pada jangkitan virus herpangina.

Bilakah Anda Perlu Berjumpa Doktor

Penyakit kaki tangan dan mulut biasanya merupakan penyakit ringan yang menyebabkan demam selama beberapa hari. Tanda dan simptomnya agak ringan. Berjumpalah dengan doktor anda jika penyakit ini menyebabkan anak anda kurang minum air. Dan maklumkan kepada doktor sekiranya simptom tidak berkurangan dan menjadi bertambah teruk setelah beberapa hari.

Bagaimana Mencegah Jangkitan HFMD DAri Merebak

Jika anda mengamalkan langkah berjaga-jaga tertentu, ia dapat membantu mengurangkan risiko jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut:

  1. Basuh tangan dengan teliti. Pastikan anda mencuci tangan dengan kerap dan teliti, terutamanya selepas menggunakan tandas atau menukar lampin. Sebelum menyediakan makanan dan makan pastikan tangan anda bersih dari sebarang kotoran. Sebaiknya basuhlah dengan sabun, dan amalkan teknik membasuh tangan yang betul. Apabila tiada sabun dan air, gunakan tisu, wet tisu atau hand sanitiser dengan alkohol yang boleh membunuh kuman.
  2. Membersihkan kawasan umum. Jadikan kebiasaan membersihkan kawasan yang biasa digunakan oleh ramai orang contohnya ruang tamu atau bilik permainan.  Bersihkan permukaan terlebih dahulu dengan sabun dan air, kemudian lap dengan cecair klorin yang dicairkan dengan air.
  3. Pusat penjagaan kanak-kanak perlu mengikut jadual yang ketat untuk membersihkan dan membasmi semua kawasan umum, termasuk barangan yang dikongsi seperti mainan dan buku-buku bacaan. Ini kerana virus boleh hidup di objek ini selama beberapa hari.
  4. Jika bayi anda menggunakan pacifier, bersihkan pacifier bayi anda dengan kerap. mainan anak anda dibersihkan dengan pembasmi kuman seberapa kerap yang boleh, terutamanya jika ada kanak-kanak lain yang turut bermain bersama.
  5. Ajar amalan kebersihan yang baik kepada seisi keluarga. Tunjukkan kepada anak-anak anda bagaimana untuk mengamalkan kebersihan yang baik dan bagaimana untuk menjaga kebersihan diri mereka. Jelaskan kepada mereka mengapa mengapa mereka tidak harus meletakkan jari, tangan atau benda lain dalam mulut mereka.
  6. Mengasingkan orang yang berjangkit. Oleh kerana penyakit tangan, kaki dan mulut sangat menular, orang yang mempunyai penyakit itu harus membataskan pendedahan mereka kepada orang lain semasa mereka mempunyai tanda-tanda dan gejala aktif. Jauhi kanak-kanak dengan penyakit kaki, tangan dan mulut dari penjagaan kanak-kanak atau sekolah sehingga demam hilang dan luka mulut telah sembuh. Jika anda mempunyai penyakit, kurangkan aktiviti di luar rumah.
  7. Penyakit tangan kaki, dan mulut lebih mudah menjangkiti seseorang individu itu jika mereka mempunyai sistem imun yang lemah, amalkan pengambilan supplement yang boleh membantu meningkatkan sistem imun anak-anak anda.

Supplement Yang Boleh Membantu Meningkatkan Sistem Imun Anak Anda

NutriFeron® Shaklee

Anda boleh mencuba Nutriferon Shaklee untuk meningkatkan tahap imun atau rintang kepada penyakit anak anda. Nutriferon Shaklee adalah “immune booster” ciptaan pakar imun dari Jepun iaitu Dr. Yasuhiko Kojima. Nutriferon bertindak dengan meningkatkan interferon semulajadi badan dan sekaligus menguatkan tindak balas imun dalam badan. Nutriferon sangat sesuai diambil oleh mereka yang mempunyai masalah antibodi lemah, mudah dijangkiti selsema dan demam serta membantu mereka yang mempunyai tahap penyembuhan yang lemah dari sesuatu penyakit. Nutriferon Shaklee boleh diambil oleh kanank-kanak berumur satu tahun ke atas, dosage adalah berbeza mengikut umur.

Omega GuardTM Shaklee

Satu kapsul OmegaGuardTM menyediakan 1000mg asid lemak omega 3  termasuk DHA dan EPA yang tidak dapat dihasilkan oleh badan dan perlu diperolehi dari pemakanan.  Ia mengandungi minyak ikan yang mampu membantu meningkatkan sistem imuniti kanak-kanak mahupun dewasa. Selain itu Omega Guard juga membantu mengurangkan jangkitan saluran pernafasan.

Mealshake Shaklee

Mealshake adalah minuman berkhasiat, sedap dan berkrim serta sumber yang kaya dengan kalsium, serat dan protein. Sesuai untuk kanak-kanak, remaja dan juga dewasa di mana-mana sahaja. Mealshake adalah sumber yang baik bagi serat dan protein. Protein membantu membina dan memperbaiki tisu badan. Ia adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan, membekalkan asid amino yang diperlukan untuk penghasilan protein. Mealshake kaya dengan kalsium dan zink. Kalsium membantu membina tulang dan gigi yang kuat. Zink memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan.

Pengalaman saya sendiri memberikan Nutriferon, Omega Guard dan Mealshake kepada 3 anak-anak saya. Alhamdulillah mereka tidak lagi mudah dijangkiti demam dan selsema berbanding sebelumnya. Lebih-lebih lagi kekangan kerja yang menyebabkan ibu-ibu seperti saya terpaksa meninggalkan anak-anak di Pusat Asuhan ataupun pengasuh, menyebabkan mereka lebih terdedah kepada jangkitan penyakit. LEbih merisaukan apabila HFMD yang semakin menular kebelakan ini turut tular di sekolah anak-anak saya. Sama-samalah kita berdoa supaya anak-anak kita sentiasa dilindungi dari jangkitan penyakit-penyakit berjangkit termasuklah HFMD. Bagi saya alhamdulillah supplement Shaklee adalah jawapan kepada permasalahan saya selama ini. Kita berikhtiar dan berdoa, kesihatan dan rezeki itu sesungguhnya datang dari Allah.

 

DAPATKAN SUPPLEMENT ANDA SEKARANG !!

Jangan ragu-ragu untuk menghubungi saya.

Saya benar-benar ingin membantu anda

Zara Ismail (ID : 882869)

Whatsapp/Call/SMS : 012-3462585

Email : fatimahazzahra05@yahoo.com

FB : Fatimah Azzahra Ismail 

FB Fanpage : Kedai Vitamin Ku

Kawasan COD : Bangi – Kajang – Salak Tinggi – Sepang – Nilai

You may also like

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge