Cara Mengatasi Masalah Pedih Ulu Hati (Heartburn) dan Asid Refluks Semasa Hamil

Pernahkah anda mengalami pedih ulu hati (heartburn) semasa hamil. Ia dipanggil pedih ulu hati (heartburn), walaupun rasa pedih di dada anda tidak ada kaitan dengan hati atau jantung anda. Tidak selesa dan pedih di bahagian dada ini mengganggu ramai wanita, terutamanya wanita yang sedang hamil.

Persoalan pertama yang muncul di fikiran anda ialah bagaimana untuk menghentikannya. Anda juga mungkin tertanya-tanya jika rawatan atau ubat-ubatan yang diambil selamat untuk bayi anda. Ketahui apa yang menyebabkan pedih ulu hati semasa hamil dan apa yang boleh anda lakukan mengenainya.

Punca Pedih Ulu Hati Semasa Hamil

Jom tonton video ini sehingga tamat untuk mengetahui punca-punca pedih ulu hati semasa hamil dan cara-cara mengatasinya yang selamat untuk anda dan bayi anda.

Semasa penghadaman normal, makanan bergerak ke bawah esophagus (tiub di antara mulut dan perut), melalui injap otot yang dikenali sebagai lower esophageal sphincter (LES), dan ke dalam perut. LES adalah sebahagian daripada laluan di antara esofagus dan perut anda. Ia terbuka untuk membolehkan makanan melalui dan tertutup semula untuk mengelakkan asid perut daripada naik semula ke esofagus.

Otot LES yang terbuka semasa makanan memasuki perut dan tertutup untuk elakkan asid reflux ke esofagus

 

Apabila anda mengalami pedih ulu hati atau asid refluks, LES menjadi longgar dan terbuka, membolehkan asid perut naik ke esofagus. Ini boleh menyebabkan kesakitan dan rasa pedih seperti terbakar di kawasan dada. Semasa hamil, perubahan hormon boleh menyebabkan otot-otot di esophagus longgar dan terbuka lebih kerap termasuk LES. Kesannya adalah bahawa lebih banyak asid akan naik ke esofagus, terutamanya apabila anda baring atau anda makan heavy meal sebelum itu.

Selain itu, semasa trimester kedua dan ketiga, bayi anda semakin membesar dan uterus anda berkembang untuk menampung pertumbuhan itu. Perut anda akan mendapat lebih tekanan daripada berat dan saiz bayi. Ini juga boleh mengakibatkan makanan dan asid ditolak semula ke esophagus (backflow).

Heartburn adalah keadaan yang biasa berlaku bagi kebanyakan orang, tidak semestinya wanita yang hamil sahaja. Walau bagaimanapun, jika anda juga mengalami gejala-gejala lain, seperti lewat datang haid atau loya, ini boleh menjadi tanda bahawa anda perlu menjalani ujian kehamilan.

Adakah Kehamilan Menyebabkan Pedih Ulu Hati?

Kehamilan meningkatkan risiko pedih ulu hati dan asid refluks. Semasa trimester pertama, otot di esofagus anda menolak makanan lebih perlahan ke dalam perut dan perut anda mengambil masa yang lama untuk mencerna makanan dan menjadi kosong. Ini bertujuan memberi lebih banyak masa untuk menyerap nutrien untuk bayi anda. Tetapi ia juga boleh menyebabkan pedih ulu hati.

Semasa trimester ketiga, pertumbuhan bayi anda boleh menyebabkan kedudukan perut anda berubah,ini boleh menyebabkan pedih ulu hati. Walau bagaimanapun, setiap wanita berbeza. Jadi, kehamilan tidak semestinya akan menyebabkan pedih ulu hati. Ia bergantung kepada banyak faktor, termasuk fisiologi, diet, tabiat harian dan kehamilan anda.

Merawat Pedih Ulu Hati Dengan Menukar Tabiat Pemakanan Dan Gaya Hidup

Untuk mengatasi masalah pedih ulu hati semasa hamil merlukan anda mencuba beberapa solusi yang belum tentu berjaya untuk semua orang. Jadi, mengubah gaya hidup dan cara pemakanan adalah kaedah paling selamat untuk ibu dan bayi. Petua berikut mungkin boleh membantu melegakan masalah anda:

  • Makan makanan pada kuantiti sedikit tetapi kerap.
  • Elakkan minum semasa makan, sebaliknya minum air di antara waktu makan.
  • Makan dengan perlahan dan mengunyah setiap gigitan dengan teliti supaya makanan lebih mudah hadam.
  • Elakkan makan beberapa jam sebelum tidur.
  • Elakkan makanan dan minuman yang menyebabkan angina dan pedih ulu hati. Elakkan makan coklat, makanan berlemak, makanan pedas, makanan berasid seperti buah sitrus dan tomato, minuman berkarbonat, dan kafein.
  • Patikan anda tidak berbaring dalam masa sekurang-kurangnya sejam selepas makan. Berjalan santai juga boleh menggalakkan pencernaan.
  • Pakai pakaian yang selesa, elakkan pakaian yang ketat.
  • Mengekalkan berat badan yang sihat.
  • Gunakan bantal untuk menaikkan bahagian atas badan anda semasa tidur.
  • Tidur mengiring ke sebelah kiri anda. Mengiring ke kanan akan meletakkan perut anda lebih tinggi daripada esofagus anda, ini menyebabkan asid refluks ke esogaus dan pedih ulu hati.
  • Cuba kunyah chewing gum tanpa gula. Air liur yang terhasil boleh meneutralkan asid yang naik ke kerongkong.
  • Makan yogurt atau minum segelas susu untuk mengurangkan simptom.
  • Minum beberapa teh chamomile yang dicampur madu atau segelas susu suam.

Selain itu, anda boleh mencuba rawatan alternatif termasuk akupunktur dan teknik relaksasi, seperti relaksasi otot progresif dan yoga. Sentiasa rujuk doktor anda sebelum mencuba rawatan baru.

Ubat-Ubatan Yang Selamat Diambil Semasa Kehamilan?

Antara ubatan yang boleh membantu anda mengatasi simptom pedih ulu hati adalah antacid. Ubat ini berfungsi meneutralkan pH dan merendahkan kandungan asid. Antacid yang diperbuat dari kalsium karbonat atau magnesium adalah pilihan yang baik. Walau bagaimanapun, pastikan anda mendapatkan nasihat doctor anda sebelum mengambil ubat-ubatan ini.

Kebanyakan doktor mengesyorkan supaya ibu hamil mengelakkan antacid yang mengandungi natrium yang tinggi. Antacids ini boleh menyebabkan pembentukan cecair di dalam tisu. Anda juga harus mengelakkan sebarang antacid yang menyenaraikan aluminium pada label, seperti dalam “aluminium hidroksida” atau “aluminium karbonat”. Antacid ini boleh menyebabkan sembelit. Jauhi ubat seperti Alka-Seltzer yang mungkin mengandungi aspirin.

Jika anda mengambil berat tentang kesan ubat-ubatan, pastikan anda berbincang dengan doktor anda. Doktor boleh membantu anda mengawal simptom anda sambil memastikan keselamatan bayi di dalam kandungan anda.

Sebagai ibu kepada tiga orang anak, dan sedang menanti kelahiran bayi keempat, saya sendiri pernah mengalami masalah pedih ulu hati dan asid refluks ini. Masalah ini adalah biasa terjadi kepada ibu hamil, tetapi ada juga ibu hamil yang tidak pernah mengalaminya ataupun tidak mengalaminya di setiap kehamilan. Walaubagaimanapun, jangan khuatir kerana masalah ini tidaklah kekal dan boleh diatasi dengan mengamalkan tips-tips yang saya kongsikan. Hubungi saya pada bila-bila masa, kerana saya sedia berkongsi pengalaman saya kepada ibu-ibu di luar sana.

 

Jangan ragu-ragu untuk menghubungi saya.
Saya benar-benar ingin membantu anda 🙂

Zara Ismail (ID : 882869)
Whatsapp/Call/SMS : 012-3462585
Email : fatimahazzahra05@yahoo.com
FB : Fatimah Azzahra Ismail
FB Fanpage : Kedai Vitamin Ku
Kawasan COD : Bangi – Kajang – Salak Tinggi – Sepang – Nilai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge